Monday, May 11, 2015

kah kah kah

setelah sekian lamanya baru aku perasan kewujudan blog aku ni.
aku ingat aku dah delete
lol

pastu aku baca post post tah pape aku dedulu sambil gelak je.
yang penting aku da delete la post post yang ku rasakan kurang matang hewhew

papepun

anak aku dah tiga orang sekarang.

pastu aku macam nak benti keje tapi tak tau na keje apa, yang bole kaya serta merta.
opkos xde kan.

pape la.

Thursday, February 16, 2012

I know I've changed. A lot~

aku tahu aku berubah.
people changed.
the reasons behind differentiate them.
i have my own.




~ Allah sometimes takes us into troubled water, not to drown us, but to cleanse us~


aku tak suka keluarkan kata kesat.
tapi aku mahu jerit sekali.
bangang!




Thursday, July 14, 2011

Cinta Tawaf




Aku menangis lagi..sedih pilu mengenangkan nasib diri..
keliru celaru,marah kecewa...
sibuk mempersoalkan kenapa,mengapa?
peritnya Tuhan yang tahu..
Ya Allah~
~~~~~~~~~~~~~


Hari ini aku mahu buat kejutan untuk suami tercinta..
saat yang dinanti,setelah 4 tahun mendirikan masjid akhirnya aku disahkan mengandung..
aku masak makanan favorite dia,ala-ala candle light dinner gitu.
pakai baju seksi-seksi..nak buat surprise lah katakan..
aku ketawa sendiri..
Dalam excited aku,berdebar juga rasanya hendak membuka mulut memberitahu suami...
ditunggunya penuh debar di depan pintu,waktu biasa suaminya pulang ke rumah..
lama2 debarnya menjadi risau..

sudah jam 7malam...mana suamiku tak pulang-pulang...
handphone nya tidak dapat dihubungi,terus masuk ke voice mail..
aduh,hati debar jadi kacau...
masuk jam 8 aku hantar pesanan ringkas SMS ke teman-teman rapatnya,mana tahu ada yang tahu ke mana suamiku pergi..
hampa..semua kata last jumpa di kilang..dia habis shif pukul 3ptg..
aku tunggu lagi..sabar,sabar kata hati..

masuk jam 9 fikiran jadi runsing..
mulalah fikir yang negatif..
ah jangan..di buangnya fikiran yang tak enak jauh-jauh..
aku mahu menyampaikan berita gembira,biarlah sudahnya pun gembira..
namun hati tetap tidak sedap...

jam 10...akhirnya..
puas dinanti,puas ditunggu, panggilan polis merungkai persoalan..

'Puan Maisarah,harap puan dapat bersabar...suami puan ditimpa kemalangan teruk di lebuh raya karak jam 7 petang tadi.harap puan dapat datang ke hospital Bentong untuk pengecaman'...

Karak?
jam 7?
hospital Bentong?
Pengecaman??
cam apa?
'maaf puan,sila datang ke hospital bentong untuk maklumat lanjut'....

hopsital bentong?

aku tergamam sebentar...tak keruan hatiku... tak stabil jantungku berdegup..
air mata bergenang..takut,cemas, cuak..arrrgghh!
banyak soalan muncul..kemana abang mahu pergi sampai masuk lebuhraya Karak?
tak pula dia bagitahu mahu kemana-mana...
teruk ke kemalangan sampai kena buat pengecaman?atau...ah jangan fikir yang bukan-bukan..
terus aku khabarkan pada adik ipar,aku ajak ke Hospital Bentong,biar dia yang drive kereta..
aku dah resah gelisah..tak senang duduk..
dalam kereta aku berdoa agar suamiku baik-baik sahaja..
seluruh kerabat keluarga aku khabarkan berita itu..ada yang turun sekali dari negeri masing-masing..
Mertuaku dari Mersing pun turut turun padang,mahu tahu khabar anak sulung tersayang..

Dekat jam 2 pagi aku tiba di hospital..
Terus ke kaunter bahagian kecemasan seperti yang diarah pegawai polis yang menelefon tadi.
Sebaik bertanya,aku diminta tunggu sebentar.Tak sampai seminit,seorang pegawai polis muncul memperkenalkan diri, Inspektor Zaheed Hasan.

Aku diminta bertenang,sebaik aku bertanya mana suamiku..

' Harap puan dapat bersabar.Puan,Allah lebih sayangkan suami puan.suami puan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan bla bla bla ~~~~~~~'

aku dah tak dengar lagi...aku jadi pekak..dunia jadi gelap...
terus aku meraung,terus aku menangis...
aku dipeluk adik ipar yang turut menangis..

aku diminta membuat pengecaman mayat..
mana aku sanggup! aku tak mahu..aku menangis bersungguh,tangisan yang paling berat..dan,terus aku tak sedarkan diri..

Sedar-sedar jam sudah 4.15 pagi..
fikiran jadi bingung sekejap..apa dah jadi?
aku mimpi tak best ke tadi?
tiba-tiba mak mertua peluk aku sambil nangis-nangis..
terus memori ku datang kembali..maka bersambunglah episod tangis menangis dua beranak..


Bila dah tenang sikit,mak tanya aku,siapa perempuan dalam kereta yang accident dengan abang...
Polis suruh buat pengecaman tadi aku tak nak,jadi adik ipar yang buat..
Polis cakap abang accident bersama seorang wanita dalam kereta dipercayai menuju ke pantai timur..

Perempuan?ada pulak perempuan dalam kereta tu?
mana aku tahu..dia pergi mana pun aku tak tahu..
aku cakap aku tak tahu..aku tunggu abang kat rumah,nak bagitahu aku mengandung..
Mak terkejut..mak nangis semula..aku tengok mak nangis,aku ikut nangis...
mak cakap, 'Ya Allah takde bapak anak kau ni' sambil menangis...


Aku nangis lagi..sedu sedan...rasa macam nak mati aku nangis..
tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan dalam hati ini...
Last-last aku tertidur...tidur sampai mimpi yang abang mati dan aku menangis dalam mimpi...
sedih yang amat...
Tuhan yang tahu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Selesai pengebumian abang di tanah perkuburan di daerah Mersing,aku bermalam di rumah mak mertua...
aku masih lemah,bersedih atas pemergian abang yang tiba-tiba...
dan juga misteri wanita bersama abang masih menjadi tanda tanya..siapakah,mengapakah?
tapi tiada siapa yang boleh menjawab,hanya abang...tapi abang dah tiada...
dah beberapa kali aku buat panggilan telefon ke handphone abang dengan harapan ajaib abang jawab panggilan dan ceritakan semua yang terjadi..
tapi mana mungkin...
siapalah aku boleh pulak nak cakap dengan orang dah mati...
aku nangis lagi...hati aku meronta,nak tanya itu ini.....
aku jadi kempunan...
abang,sara nak bagitahu sangat-sangat yang sara pregnant...
inilah saat-saat yang kita nantikan bersama...
abang...sayu hati ku berlagu..
aku menangis lagi...
~~~~~~~~~~~~~~~~


Seminggu di rumah mak mertua,aku balik ke rumah di Melaka bersama kedua orang tuaku....
ibu aku mahu temankan aku di Melaka,sementara ayah pulang ke Perlis uruskan hal kerja dan lain-lain...aku ikut je...aku kosong...
tak tahu apa perancangan seterusnya..
aku mana kerja..sejak kahwin,abang suruh aku berhenti,aku berhenti kerja..
jadi surirumah uruskan makan pakai abang..
sekarang abang dah takde....
aku nangis lagi....aku betul-betul rasa kehilangan..
hingga anak dalam kandungan pun aku dah tak peduli...
Mak mertua pesan masa nak balik dari mersing 'jaga anak dalam kandungan,jangan diikut rasa hati..sabar banyak-banyak.makan minum jangan lupa'


hati aku hambar...jiwa aku kosong,tawar...
aku tak tahu apa harus aku buat..
masa depan aku jadi gelap..


Duk aku berduka,jiran sebelah, Kak Mah bagi salam..
dia peluk,ucap takziah...bagi kata-kata semangat dan  peransang...aku tunduk sayu je...
berat mulut dia nak sampaikan sesuatu,tapi dah amanat,dia kena sampaikan juga...
aku tertanya..apa dia?


katanya,masa aku di Mersing, 2-3 hari selepas abang meninggal, ada seorang wakil peguam datang rumah untuk hantar surat..
surat?
surat apa?
peguam?
peguam hartanah ke?
takkan abang ada buat wasiat harta kot..dia mana berharta..sempat aku berbisik dalam hati...


Kak Mah cakap, 'kau sabar banyak-banyak ye sara..Allah betul-betul sayang kat kau,Dia tengah uji kau'
Apa dia?tolonglah straight to the point...
kak mah ambil satu sampul surat dalam beg tangannya lalu diserah pada aku..
'Nah kau baca lah sendiri' ujar Kak Mah sambil bergetar nada suaranya menahan sayu...


Hatiku berdebar,tanganku terketar...
dengan gopohnya aku koyakkan sampul surat dari Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah..


aku dipanggil untuk menghadirkan diri ke Mahkamah bagi menjawab satu tuntutan oleh plaintif, Mohammad Safwan Iskandar..


suamiku buat tuntutan.. 
Tuntutan?
tuntutan apa?
aku duk belek-belek surat tu sampailah mataku terpacak di muka surat sebelah pada tuntutan yang dimaksudkan...


Tuntutan cerai dalam mahkamah
Plaintif: Mohammad Safwan Iskandar bin Haji Nasir
defendent: Maisarah Sakinah Binti Omar Razak




aku baling surat tadi...
tipuuu!!
aku jerit pada kak Mah..
Kak Mah peluk aku sambil nangis..Kak Mah dah tahu dari mulut wakil peguam tu...
Kak Mah cuba pujuk aku....
aku meraung sambil meronta...
'abang takkan buat macam ni..ni bukan abang yang buat!'..


aku terjerit-jerit macam kena histeria...
ibu aku yang baru habis baca surat tu terus menangis...'Ya Allah...apa semua ni, la ila ha illallah!anak ibu sabar anak ibu!'


kenapa ibu??kenapa macam ni???
kak mah yang tadi nak meredakan aku dah terpelanting di sepak aku...
aku tak stabil..jiwaku meronta minta penjelasan...
akhirnya aku terkulai tak bermaya..
lembik terbujur masih teresak...
dan tertidur sudahnya...





................................

malam tu aku tertidur,tak mandi tak makan satu hari lepas dapat berita dari kak Mah..
Mujur masih ada sedikit iman dalam dada,aku tak tinggal solat...
masa solat aku nangis-nangis,aku tak tahu lah sah ke batal solat aku..
al-fatihah yang dibaca berterabur dengan sedu sedan aku...
aku tak boleh tahan perasaan...

kenapa abang buat macam ni?
apa salah sara?
tergamak abang buat macam ni?

seminggu aku ubat hati atas pemergian abang buat selamanya,aku terima sikit-sikit..
belajar untuk redha walaupun berat,pahit dan kelat...
tertanya-tanya siapa wanita misteri,mengapa ke pantai timur...
namun,persoalan terus tinggal tanda tanya..
tiada siapa mampu merungkai misteri..
Tiba-tiba muncul pula surat tuntutan cerai..
aku tak boleh terima yang ini...

apa salah aku?
aku tak percaya abang yang buat...
aku masih ingat,hari terakhir dia pergi kerja,diciumnya kedua pipi ku,diciumnya dahiku seperti hari-hari biasa..dan dipeluknya aku erat-erat...sempat aku kucup tangannya..
dan tiba-tiba aku dapat surat dari mahkamah atas tuntutan cerai???
arghhh!

ibu aku telefon mak,bagitahu apa dah jadi..mak terkelu..
tak sangka anak terunanya buat begitu...
mak nangis lagi...nak cakap dengan aku dalam telefon..

aku capai handphone ibu aku,tak cakap apa pun...
aku dengar je apa mak cakap...
'mak minta maaf banyak-banyak dengan kau..mak tak tahu apa dah jadi dengan Is..tergamak dia buat mcm tu..nasib baik dah mati'

Aku menangis lagi...
tak tahu nak kata apa..mak hanya dengar esak tangisanku saja..
lepas tu aku bagi semula handphone kat ibu aku..
aku cakap,aku nak duk sorang-sorang dalam bilik...jangan ganggu..
duk melayan perasaan...
macam orang gila..
makan tak lalu..mandi tak mahu...
nasib baik tak kerja,kalau tak dah lama kena pecat...
begitulah hari-hariku...

Ibu risau..ayah risau..
tengok aku tak terurus...
badan jadi kurus...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

masuk minggu ke-3 abang pergi,selama itulah aku murung...
badan aku letih,tak bermaya...meloya,morning sickness orang putih kata...
anak dalam kandungan masuk 12 minggu...
aku takde perasaan langsung...

Esok nak kena pergi mahkamah untuk hadir ke sesi perbicaraan tuntutan cerai tu...
aku rasa takde hati untuk hadirkan diri,tapi ibu kata pergi..boleh tahu cerita serba serbi...
Ibu ayah temankan...
aku ikut je...aku pun dah tak macam orang...
murung...macam orang gila...
lantak orang nak kata...
yang rasa aku...
aku menangis lagi.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

balik dari mahkamah aku tak terkata apa...
tuntutan terpaksa dibatalkan atas kematian si plaintif...case close..
macam kes bunuh yang kurang bahan bukti untuk disabitkan pertuduhan...
sama je macam aku....
bagi aku,hati aku dah mati kena bunuh,,,
kejap-kejap aku rasa marah..kejap-kejap rasa sedih.

aku dapat sedikit maklumat dari wakil peguam abang.
Katanya pihak plaintif telah pun memfailkan tuntutan seminggu sebelum surat sampai...
maksudnya,abang dah failkan tuntutan 4-5 hari sebelum abang mati?
apa abang buat ni?
kenapa abang buat macam ni?
apa semua ni abang?????
kenapa????? 
hatiku menjerit..
batinku terseksa...

abang dah bunuh hati sara...
sara benci abang!!!..
mahu saja aku bunuh bayi dalam kandungan..

buat apa?
kenangan yang menyakitkan..
kandungan yang membebankan...
tanpa suami...
tanpa ayah bayi...

Ya Allah...adakah aku bermimpi?
tak sanggup aku menghadapi realiti ini...
Ya Allah kau yang tahu...
Aku menangis lagi....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 bulan berlalu...aku masih begitu..
kandungan mencecah 20 minggu..
hanya sekali aku tersenyum girang menerima cahaya mata ini..masa mula-mula aku dapat tahu dari doktor..hari tu aku girang sekali mahu khabarkan pada suami..
tapi tidak lagi hari ini...
aku benci...
benci yang amat!

Ayahku banyak beri nasihat..
sabar...kita orang Islam,ada iman..
percaya dan redha pada takdir,itu rukun iman..
aku menangis...
aku cuba untuk redha..
tapi susahnya...susahnya mendamaikan hati yang resah gelisah minta 
jawapan,minta penjelasan...

Akhirnya,ayah cadangkan aku buat umrah...
ceriakan hati dan buat ibadah..
dekatkan diri denganNya dan tenangkan fikiran...

aku?
aku tak kata apa....
tiada hati tiada perasaan...
ibu setuju...
akhirnya,atas usaha ayah,aku didaftarkan bawah satu umrah travel and tour,berwakilkan mahram ketua rombongan..
semua atas usaha ayah ibu...duit ayah ibu...
aku?
tak keluar satu sen pun..
ayah orang kampung pun boleh keluarkan duit untuk anak buat umrah..
aku jadi malu...
Ya Allah,kenapa dengan diri ku ini?
aku menangis lagi...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku takde hati...ikut je cadangan ayah..
baik niat ayah,aku tahu itu...dan tak salah aku cuba...
seminggu lagi aku akan menjejak kaki ke Tanah Haram...baru aku buka buku panduan umrah dan haji...
aku baca satu persatu rukun dan peraturan...
aku hayati isi kandungannya...dari kulit ke kulit...

hati jadi lapang...
dari tak mahu hati jadi rindu..
mahu ke sana...
tak sabar mahu mengadu..
mahu rasa dekat denganNya...
aku menangis lagi...
...........................................................................

saatnya tiba,Allah memanggil aku...
menjemput aku ke rumah haramNya...
tidak pernah aku merancang untuk menjejak kaki ke rumah Allah dalam masa terdekat,namun Allah lagi teliti merancang dan menentukan...

aku sebak...
aku haru...
sebakku jadi air mata..
haruku jadi sedu...
aku menangis lagi.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saat ini...
aku menangis lagi....
menangis beriman..
bukan menangis orang gila...
menangis ketika bertawaf...
tawaf umrah...

ketika tawaf yang ke-4...
aku bacakan doa ini dalam bahasa arab...
habis baca dalam bahasa arab,aku baca maknanya...
menangis yang bersungguh...


wahai Allah, ya Tuhanku...jadikanlah umrahku umrah yang diterima....usaha yang disyukuri...
dosa yang diampunkan...amal soleh yang diterima...dan perdagangan yang tidak sia-sia...
Ya Tuhan yang mengetahui isi hati, keluarkan diriku dari gelap-gelita ke nur cahaya terang benderang ya Allah ya Tuhanku...sesungguhnya aku memohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan,keselamatan daripada segala dosa...memperolehi segala jenis kebajikan,berjaya mendapat syurga dan selamat dari api neraka...Ya Allah Ya Tuhanku...jadikanlah diriku berpuas hati dengan pemberian yang engkau kurniakan kepadaku, berkatilah apa yang engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan yang apa yang lebih baik daripada engkau.....



aku terduduk...
menangis tersedu sedu...
aku disepak orang belakang,dilanggar orang yang ramai..
sikit aku tak heran..
aku menangis yang maha berat...
Ini percaturan Dia..
siapa aku mempertikaikan kenapa dan mengapa?
aku sibuk meminta itu ini..
namun tidak ada langsung kalimah syukur dari bibirku..
langsung tidak ada Alhamdulillah atau terima kasih..
aku malu menjadi aku...
aku menangis lagi...
menangis semahunya~

selepas sedikt tenang,aku teruskan tawaf ku sehingga selesai bertahlul,aku pulang ke bilik hotel...
aku mahu rehat...
setelah mendapat damai yang dijanjikan...
aku mahu tidur...
setelah bersyukur dengan kehilangan..
buat pertama kalinya aku berterima kasih atas kehilangan abang..
air mata ku mengalir..
dan aku tertidur....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bangun tidur aku senyum...
senyum yang penuh makna...
senyum yang penuh syukur...
senyum dalam tangisan...

abang datang dalam mimpi,kucup kening ku,kucup ubun2 ku,peluk aku dan berpesan...
'jagalah harta dunia akhirat kita...'

kemudian abang pergi dengan senyuman...
pergi yang selamanya,atas redha ku...

dan aku tersedar,dari mimpi yang pendek dan mimpi yang panjang...
aku hilang abang,namun Allah gantikan aku dengan sesuatu yang aku tidak sedari...
sesuatu yang selama ini aku nanti...
sesuatu yang selama ini aku cari...

aku tak sedar itu..
aku menangis lagi...
Ya Allah...
syukur padaMu kerana masih memberi aku kesempatan..
syukur padaMu beri aku kesedaran...

perut ku aku usap perlahan..
ini zuriat kita bang...
harta dunia akhirat..

dan itulah senyuman paling bermakna...
senyuman gembira anak yang dikurnia...

terima kasih ya Allah...
aku redha dengan ujian Mu..
aku bersyukur ya Allah...
dengan pemberianMu...

biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia Mu..
biarlah ia terus misteri..
mungkin itu lebih baik..
dan jadikanlah aku orang yang tidak bersangka-sangka~

insyaAllah...akan ada cinta tawaf dua selepas ini...
insyaAllah,akan...~


-sekian-


Najdah othman
buah tangan dari Makkah..
syukur~